Selasa, 8 Februari 2011

~~kegemukan~~

Berlebihan Berat Badan Dan Kegemukan/Obesiti 
Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di
kalangan remaja?
YA !!!
• Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
• Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun
mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
• Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
• Berat badan berlebihan dikaitkan dengan  risiko yang tinggi jika mengalami masalah
perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian
awal.


Apakah komplikasi masalah ini? 
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang
tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.


Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan? 
1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan
rendah lemak.
o Makan secara sederhana.
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan
berjalan lebih kerap.
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam
sehari.
2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat 
sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.  
3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar  Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda 
mempunyai masalah berkaitan berat badan.



Apakah rawatan yang boleh diperolehi ? 
Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
1. Pemakanan 
o Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
ƒ Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
ƒ Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari
(satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
ƒ = 30% kalori daripada lemak.
o Untuk mengurangkan berat badan :
ƒ Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
ƒ Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar
makanan anda.
ƒ Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee). ƒ Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di
luar.
ƒ Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
ƒ Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat
dan saranan makanan yang boleh di ambil.
 
2. Aktiviti fizikal
o Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking")
jauh dan bersenam semasa menonton TV.
o Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih
daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara
beransur-ansur.
o Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti  fizikal disebabkan penyakit arthritis
dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda  menyediakan jadual aktiviti khas untuk
menurunkan berat badan anda seterusnya  mengekalkan berat badan, kesihatan dan
kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
 
3. Ubah tabiat anda.
o Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti
tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
o Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan
aktiviti fizikal.
o Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
o Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal
aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
o Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
 
4. Ubat-ubatan
o Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
o Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
 
5. Pembedahan
o Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu
contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk
seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
o Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit
seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi. Berapa lama seseorang perlu dirawat?
• Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami
kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang
hayat.
• Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.


Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan? 
Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :
• Ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.
• Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan